Kamis, 15 Maret 2012

Bersihkan Hatimu!!


Bagaimana kita membersihkan hati dan mengurangkan sikap-sikap negatif step-by-step? Ikuti 7 tips di bawah ini :
  • Beribadat dengan benar, seikhlas hati
  • Berakhlak baik
  • Menimba ilmu tanpa henti
  • Bekerja keras cara bijak
  • Bersederhana dalam hidup
  • Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
Dari pengalaman sendiri, saya "up" lagi dua tips :

Pertama, maafkan orang lain sebelum tidur, ikhlaskan hati dan lupakan kesalahan orang lain yang pernah menyakitkan hati Anda. Dengan ini, dapat mencuci hati dan membentuk diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Selagi tak melatih diri untuk memberi kemaafan, selagi itu Anda akan berfikiran negatif dan turut menarik segala situasi negatif supaya muncul dalam hidup kita.  Diri kita mengenal negatif dan positif, jika salahsatu dari sifat itu bersarang dalam hati Anda, itulah yang akan ditariknya.

Kedua, sentiasa panjatkan rasa syukur atas apa yang kita ada sekarang ni, fisik kita, harta benda milik kita, termasuk gaji kita! dan keluarga kita. Dalam surah Ibrahim ayat ke 7, Allah berfirman bahawa lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak juga nikmat yang akan ditambahkan ke dalam hidup Anda.

Maka, amat rugi bagi siapa yang jarang bersyukur!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar